Nazri Ishak Photography | Malaysia's Wedding, Events & Portraits Photographer
 
 

Your favorite photos collection

Use Add to favorites button to save photos in this list.

Latest tweets

Follow me on twitter
filter by tag

Tags

50D band basic beginner behind the scenes belajar canon celebrities compact camera cool designer director dragon red DSLR engagement event gala glam hip hop hitam putih idea iPad Kuala Lumpur lens lighting malaysia model music muzik natural no flash pavilion performances pesta seni photographer shot list stills photography story street tips tutorial video video clip wedding workflow

Conceptual Shoot : Idea, Shot List, Execution

Conceptual Shoot : Idea, Shot List, Execution

Kali ni aku nak cerita pasal Conceptual Shoot. Gambar besar di atas merupakan salah satu dari produk shoot yang aku buat bersama seorang kawan rapat aku (yang jadi model tu) bulan lepas.

Cerita pasal shoot ni mula tahun lepas lagi. Masa tu kawan aku ni approach aku untuk buat profile shots dia. Saja-saja aje pun. Jenis untuk koleksi peribadi. Ye lah, takkan bila kahwin aje baru ada gambar-gambar lawa kan? Bergambar ni kalau kita nak, bila-bila pun boleh.

Jadi untuk kawan aku ni, aku bagi satu idea untuk dia. Sebab aku rasa kalau kita nak shoot profile macam biasa agak bosan. Untuk itu aku fikirkan beberapa konsep untuk dia yang kena dengan character dan citarasa dia sebagai subjek dan sebagai client aku.

Idea pertama aku ialah “Sunday Afternoon”. Idea ni berkisar tentang satu hari Ahad yang tenang dan malas. Mesej yang aku nak sampaikan dalam gambar-gambar ni senang aje. Aku nak orang tengok kawan aku ni dalam comfort zone dia. Dia tenang, relaxed dan tak stress.

Ni salah satu gambar yang diambil mengikut konsep “Sunday Afternoon” ni.

Santai, relaxed dan make up pun tak banyak. Pakaian dia simple aje dengan white tank top dan black leggings. Amat menepati konsep yang aku ingin sampaikan kepada audience gambar aku.

Gambar kedua ni lebih kepada posed action.

Sekali lagi idea santai aku lontarkan kat dia dan biarkan dia rasa selesa dengan pose dia. Gaya dia duduk macam tu memang sesuai dengan expresi muka dia yang selamba.

Lagi satu idea aku bagi kat kawan aku ni hari tu, ialah konsep yang aku panggil “The Morning After”. Mainan idea ni bermesejkan kekeliruan atas apa yang terjadi malam sebelum tu. Terpulang pada audience nak nilaikan apa yang dah jadi kat subjek aku malam sebelum tu sampai rupa dia jadi  macam dalam gambar ni pada waktu paginya.

Untuk gambar ni, aku pakai lens 28mm-200mm f/3.5 – f/5.6 Tamron tu dengan setting ISO yang tinggi untuk dapatkan noise yang ada dalam gambar ni. Semua gambar-gambar ni aku proses dalam Lightroom dan Photoshop CS3 untuk dapatkan effect yang korang nampak. Dari segi lighting, aku langsung tak pakai flash sebab umumnya korang tau aku memang tak suka pakai flash untuk shoot yang macam ni. Nanti dalam artikel yang akan datang aku akan cerita kenapa aku suka shoot pakai natural lighting dari pakai flash.

Dan gambar kedua yang korang boleh tengok kat main article picture di atas (sila scroll ke atas).

Jadi to recap, conceptual shoot ni mesti ada concept dia yang kita ingin utarakan kepada audience kita. Conceptual photos ni biasanya digunakan dalam advertisement, stock photography atau photojournalism (gambar-gambar yang ada dalam artikel magazine atau buku). Jadi planning amat penting dalam menjayakan shot-shot ni. Sebagai seorang jurugambar, bagi aku kalau nak buat shot-shot macam ni, kita kenalah ada shot list. Shot list ni kalau yang detailed, dia macam storyboard. Semua composition, lighting, props dilukis atas kertas untuk memudahkan kita sebagai jurugambar buat kerja kita. Tapi untuk shoot ni, aku just construct shot list aku dalam kepala aje.

Execution amat penting dalam mana-mana shoot. Tak kira lah wedding ke, conceptual  macam ni ke, fashion shoot ke, runway shoot ke, apa-apa la. Limit apa yang kita boleh hasilkan adalah diri kita sendiri. Tu pendapat aku secara peribadi. Imaginasi dan kefahaman tentang konsep yang hendak disampaikan tu amat penting bagi aku.

Dan seperti biasa, kita sebagai jurugambar harus ingat bahawa kita bukan aje mengambil gambar. Bukan mengambil imej yang pegun, statik dan tak bernyawa, tapi kita adalah pencerita. Cerita kita harus boleh connect dengan audience gambar-gambar kita dengan mudah. Bagi aku, tu salah satu tugas jurugambar yang orang makin lupa zaman sekarang.

Apapun kalau korang ada komen apa-apa, sila la tinggalkan dalam comment box kat bawah ni ye? Akan aku balas semua komen-komen dan soalan korang.

Selamat snap-snap!

Add your comment

*