Nazri Ishak Photography | Malaysia's Wedding, Events & Portraits Photographer
 
 

Your favorite photos collection

Use Add to favorites button to save photos in this list.

Latest tweets

Follow me on twitter
filter by tag

Tags

50D band basic beginner behind the scenes belajar canon celebrities compact camera cool designer director dragon red DSLR engagement event gala glam hip hop hitam putih idea iPad Kuala Lumpur lens lighting malaysia model music muzik natural no flash pavilion performances pesta seni photographer shot list stills photography story street tips tutorial video video clip wedding workflow

DCIM 2010, EOS Buddy Club, dan sebagainya

DCIM 2010, EOS Buddy Club, dan sebagainya

Minggu lepas aku dikejutkan dengan satu panggilan sehari selepas hari jadi aku. Orang yang kat other line tu cakap application aku untuk Canon Buddy Club dah di approve. So aku pun cakap la terima kasih. Tapi ada lagi sambungannya. Orang tu cakap aku dah dipilih sebagai first 20 orang yang dapat booth sponsored by Canon kat DCIM 2010 nanti. Aku pun skeptikal sikit. Aku suruh dia email aku details pasal benda tu lepas phone call tu. Ye la, zaman sekarang ni benda bukan boleh kata ya atau tidak selamba je. Kena ada hitam putih dulu.

3 minit lepas aku tamatkan panggilan tu, aku dapat email tu. Benarlah, aku memang dapat booth tu kat DCIM yang akan dilangsungkan 2 hari dari hari tu.

Gelabah jugak lah aku nak sediakan prints dalam 2 hari tu. Tapi aku ada kedai yang aku selalu frequent dan bagi service terbaik, diaorang tolong aku siapkan dalam masa 2 hari.

Jumaat kesemua ahli EOS Buddy Club yang terpilih berkumpul kat Midvalley Exhibition Center seawal pukul 10 pagi sebab kami kena dapatkan barang dan setup booth masing-masing. Dan kami diberi nombor keahlian kami. Nombor keahlian aku, EBC0015.

Ini merupakan pengalaman pertama aku dipilih untuk exhibition macam ni. Segan pun ada. Sebab aku tak pernah rasa aku ni bagus pun. Bila dikelilingi orang-orang lama dalam bidang ini, amat segan. Tapi kesemuanya sporting dan aku banyak belajar dari diaorang tentang benda-benda yang aku kurang fasih dalam dunia fotografi ini macam macro photography, food photography dan stock photography. Terima kasih kepada semua ahli EOS Buddy Club yang berkongsi.

Credit gambar : lowyat.net

Terima kasih juga aku karangkan di sini untuk mereka-mereka yang secara tak sengaja melawat booth aku dan meluangkan masa berborak dengan aku. Mana yang rajin bertanya memang aku share tips personal aku untuk mengambil gambar especially portrait shots dan natural lighting.

Ni lah gambar-gambar booth aku yang tak seberapa.

Di sini aku nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga pada Canon Marketing (Malaysia) Sdn Bhd sebab pilih aku untuk jadi antara 20 ahli yang pertama kelab ni. Perasaan yang happy sangat sampai tak leh nak kata. Aku yakin akan ada lagi expo yang akan datang di mana aku akan di jemput oleh Canon dan kalau ada nanti aku bagitau kat blog ni ok?

Jadi sampai sini dulu untuk kali ni. Nanti aku update lagi bila ada masa. Banyak lagi cerita aku nak share dengan korang ni tapi aku susah sikit nak cari masa nak menulis. Tapi kalau ada soalan apa-apa, silakan hantar atau isi dalam ruangan comments kat bawah ni. Aku mesti reply. Janji.

Selamat snap snap!

1 comment. Would you like to comment?

Add your comment

*