Nazri Ishak Photography | Malaysia's Wedding, Events & Portraits Photographer
 
 

Your favorite photos collection

Use Add to favorites button to save photos in this list.

Latest tweets

Follow me on twitter
filter by tag

Tags

50D band basic beginner behind the scenes belajar canon celebrities compact camera cool designer director dragon red DSLR engagement event gala glam hip hop hitam putih idea iPad Kuala Lumpur lens lighting malaysia model music muzik natural no flash pavilion performances pesta seni photographer shot list stills photography story street tips tutorial video video clip wedding workflow

Canon EOS 60D Reviewer Briefing

Canon EOS 60D Reviewer Briefing

Selepas melancarkan EOS 7D pada tahun lepas, kini Canon maju setapak lagi dengan melancarkan model terbaru kamera DSLR mereka, EOS 60D yang direkacipta untuk golongan “beginner” dan “enthusiast.

Bagi menyambut kelahiran “bayi” terbaru mereka ini, Canon Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program “Canon EOS 60D Reviewer Program” khusus untuk pengguna yang berminat untuk mempelajari dan seterusnya menrebiu kamera ini. Aku merupakan salah seorang yang bertuah dipilih untuk menjayakan program ini.

Bertempat di One World Hotel pada 19 September 2010, 21 orang yang bertuah telah dikumpulkan untuk “briefing” program ini. Semasa “briefing” ini kami diberi penerangan mengenai ciri – ciri terbaru dan peningkatan yang telah dibuat oleh Canon dalam memastikan produk terbaru ini menepati citarasa pengguna semasa. Kami juga seterusnya diberikan seunit Canon EOS 60D yang baru bersama kit lens untuk digunakan sepanjang 2 minggu tempoh rebiu ini.

Kami kemudiannya diberi peluang untuk mencuba sendiri kamera ini dengan mengambil gambar model yang telah disediakan oleh pihak Canon Malaysia.

Untuk pengetahuan semua, Canon akan melancarkan kamera ini ke pasaran Malaysia pada bulan Oktober 2010. Akan terdapat 3 versi yang akan dijual. Beza antara ketiga – tiga versi ini hanyalah pada kit lens yang didatangkan dalam pakej kamera ini. Versi – versi pakej ini adalah :

  1. Canon EOS 60D dengan Kit Lens EF-S 18mm – 55mm IS f3.5 – f5.6
  2. Canon EOS 60D dengan Kit Lens EF-S 18mm – 135mm IS f3.5 – f5.6
  3. Canon EOS 60D dengan Kit Lens EF-S 18mm – 200mm IS f3.5 – f.5.6

Undian telah dibuat semasa “briefing” ini dan aku telahpun menerima pakej yang didatangkan bersama kit lens 18mm -200mm IS f3.5 – f5.6.

Memandangkan aku tak pernah menggunakan lens ini, aku rasa ini memang peluang yang bagus untuk aku push body dan lens ini sampai limit dia.

First impression aku terhadap EOS 60D ini, ianya lebih kecil dari EOS 50D yang aku selalu pakai, ringan sedikit akan tetapi terasa solid di tangan.

Banyak perubahan yang telah dilakukan terhadap “camera control” untuk model EOS 60D ini. Paling ketara beza dengan EOS 50D ialah ketiadaan “joystick” yang memang dah lazim untuk siri EOS x0D. Agak janggal pada mulanya bagi aku untuk membiasakan diri dengan “layout” control yang baru ini. Segalanya telah dipindahkan ke dial yang mudah dicapai dengan ibu jari kanan. Selepas beberapa ketika barulah aku dapat “feel” control kamera ini. Ternyata ianya memang memudahkan pengguna untuk membuat pilihan.

Antara ciri – ciri baru yang lain ialah keupayaan kamera ini merakamkan video Full HD lengkap dengan ciri suntingan dalam kamera, screen LCD “wide angle”  3 inci Vari-Angle, keupayaan suntingan RAW dalam kamera, suntingan kreatif dalam kamera dan macam – macam lagi. Aku akan ceritakan nanti dengan lebih mendalam akan ciri – ciri yang baru ini dalam post yang akan datang.

Sementara itu, saksikan gambar – gambar yang diambil dengan kamera ini sepanjang “briefing” tersebut. Klik gambar tersebut untuk melihat dengan resolusi yang lebih besar.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman web yang aku listkan di bawah ini :

EOS 60D Microsite

Canon EOS 60D Product Page

6 comments. Would you like to comment?

Add your comment

*